Wednesday, 30 December 2015

Perbincangan yang serious

Kami berbincang sekali lagi tentang sketsa tersebut. Sebelum perbincangan, kami mulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Hilmi untuk mendapatkan keberkatan.

Walaupun Hilmi baru sahaja ditimpa kemalangan, dia tetap memberikan bantuan kepada kami. Banyak juga idea-idea bernas daripada dia yang digunakan.




Kali ini kami berbincang tentang perkembangan sketsa tersebut dan apa yang terjadi pada akhir sketsa. Berlaku pergaduhan ketika sedang berbincang tentang apa yang akan terjadi pada akhir sketsa. Kami bertikam lidah selama setengah jam.Walaubagaimanapun kami berjaya meredakan keadaan dan mengambil keputusan majoriti.







Kemudian kami berbincang tentang pemilihan watak. Kami berbincang dengan lebih lanjut mengenai peralatan dan props yang akan digunakan untuk sketsa nanti.Kami mengakhiri perbincangan kami dengan sedikit jamuan ringan.

No comments:

Post a Comment