Sunday, 31 January 2016

Perubahan

Assalamualaikum,

Hari ini kami memualakan penghafalan skrip yang ke dua. Situasi dalam sketsa juga ada sedikit perubahan. Ada scene yang kami buang daripada storyboard untuk menyeimbangkan sketsa tersebut. Dialog kali ini juga lebih mudah dan agak menarik.

Sunday, 24 January 2016

Pengubahsuaian skrip di pertengahan jalan

Assalamualaikum.

Kami membuat perbincangan sekali lagi di sebuah restoran. Ketika makan, kami berbincang tentang skrip sketsa tersebut.

Hal ini kerana berlaku sedikit pertelingkahan. Berlaku percanggahan idea tentang skrip. Hilmi telah mempunyai idea baru untuk skrip tersebut. Oleh sebab pertukaran itu, kami perlu menghafal skrip itu pula. Itu lah yang mencetuskan masalah dan pergaduhan. Tetapi kami bersikap rasional dan dalam beberapa minit kami berjaya menghentikan pergaduhan dan membuat kata sepakat. Kami menerima skrip tersebut. Walaupun kami terpaksa menghafal skrip baru, kami memilih skrip tersebut kerana skrip itu lebih menarik dan pastinya akan menarik perhatian penonton.


Nabil memakan mee bandung muar manakala Hilmi yang kebulur sedang mencekik kuey teaw goreng.

Akmal hanya mampu minum sirap bandung.

Penghafalan Skrip Terhebat

Assalamualaikum,

Kali ni kami hanya menghafal skrip sahaja.

Thursday, 21 January 2016

Pengambilan Suasana

Assalamualaikum.

Kali ini kami cuba shooting menggunakan kamera. Kami merakam suasana kolej untuk scene permulaan.

Wednesday, 20 January 2016

Penghasilan Skrip Terhipster

Assalamualaikum,

Entry kali ini kami berbincang tentang skrip untuk video sketsa tersebut.

Setelah perbincangan yang serious, kami berjaya menghasilkan skrip terhipster pernah wujud dalam era ini. Namun begitu, ia hanya mengandungi 3 muka surat sahaja..



Wednesday, 6 January 2016

Pembentangan Proposal Terunggul

Assalamualaikum,

Baiklah entry minggu ini tentang pembentangan proposal kami. Nabil menerangkan tentang Tajuk Projek dan Sinopsis. Hilmi pula menerangkan tentang Tujuan Sketsa serta Isu dan Sebab Pemilihan tajuk. Akmal pula menerangkan tentang Senarai Perisian dan Perkakasan, Senarai Kos Terlibat, dan Storyboard. Segalanya berjalan lancar dan Puan Haslina juga tersenyum ketika kami membentangkan proposal ini.

Gambar menunjukkan kami setelah tamat pembentangan proposal di makmal game.