Assalamualaikum.
Kami membuat perbincangan sekali lagi di sebuah restoran. Ketika makan, kami berbincang tentang skrip sketsa tersebut.
Hal ini kerana berlaku sedikit pertelingkahan. Berlaku percanggahan idea tentang skrip. Hilmi telah mempunyai idea baru untuk skrip tersebut. Oleh sebab pertukaran itu, kami perlu menghafal skrip itu pula. Itu lah yang mencetuskan masalah dan pergaduhan. Tetapi kami bersikap rasional dan dalam beberapa minit kami berjaya menghentikan pergaduhan dan membuat kata sepakat. Kami menerima skrip tersebut. Walaupun kami terpaksa menghafal skrip baru, kami memilih skrip tersebut kerana skrip itu lebih menarik dan pastinya akan menarik perhatian penonton.
Nabil memakan mee bandung muar manakala Hilmi yang kebulur sedang mencekik kuey teaw goreng.
Akmal hanya mampu minum sirap bandung.