Wednesday, 30 December 2015

Pembikinan Storyboard

Entry seterusnya kami membuat storyboard. Ia menjadi mudah kerana kami telah memikirkan perjalanan sketsa. Oleh itu, kami hanya perlu melukis sahaja. Lukisan berjaya disiapkan dalam masa 20 minit.




Entry kali ini banyak diberi sumbangan oleh Akmal.

Pembuatan Kertas Cadangan yang Terulung

Assalamualaikum...

Kali ini kami membuat kertas kerja. Kami perlu mengisi sinopsis, tujuan sketsa, isu dan sebab pemilihan tajuk. Berkat kesungguhan kami yang tidak kenal erti penat lelah akhirnya siap juga kertas cadangan kami.






Perbincangan yang serious

Kami berbincang sekali lagi tentang sketsa tersebut. Sebelum perbincangan, kami mulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Hilmi untuk mendapatkan keberkatan.

Walaupun Hilmi baru sahaja ditimpa kemalangan, dia tetap memberikan bantuan kepada kami. Banyak juga idea-idea bernas daripada dia yang digunakan.




Kali ini kami berbincang tentang perkembangan sketsa tersebut dan apa yang terjadi pada akhir sketsa. Berlaku pergaduhan ketika sedang berbincang tentang apa yang akan terjadi pada akhir sketsa. Kami bertikam lidah selama setengah jam.Walaubagaimanapun kami berjaya meredakan keadaan dan mengambil keputusan majoriti.







Kemudian kami berbincang tentang pemilihan watak. Kami berbincang dengan lebih lanjut mengenai peralatan dan props yang akan digunakan untuk sketsa nanti.Kami mengakhiri perbincangan kami dengan sedikit jamuan ringan.

Sunday, 13 December 2015

Awal Projek

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca!

Sebelum itu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Haslina, pensyarah Pembangunan Aplikasi Multimedia kami yang memberi peluang kepada kami untuk mencipta blog ini dalam menyiapkan tugasan yang beliau berikan.

Tugasan yang diberikan beliau ialah mencipta sketsa berkaitan “Kesedaran Permainan Komputer dan Pengaruhnya Terhadap Remaja Malaysia,”. Berikut adalah senarai ahli kumpulan kami:


1. Mohamad Nabil Arif bin Khairul Anuar (18)
2. Syafiq Hilmi Bin Safari  (20)
3. Muhammad Akmal bin Nasaruddin (18)



Sinopsis “Hantu Game”:



Ceritanya bermula dengan seorang budak bernama Mal yang gilakan Game. Siang malam pagi petang dia bermain game. Akibat game, dia menjadi pemalas. Mal mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar untuk menyiapkan assignment, ponteng kuliah, sanggup berlapar, tidak mandi, tidak solat dan kadang-kadang tidak tidur langsung. Dia hanya berkurung di dalam bilik dan bermain game. Sudah berkali-kali kawan-kawan serumahnya, Hilmi dan Nabil cuba menasihati dan mengajak dia keluar tetapi langsung tidak diendahkannya.



Ketika Hilmi cuba menasihatinya, Mal menghasut Hilmi untuk bermain sekali. Hilmi pun mencuba. Tanpa disedari, Hilmi juga ketagih dengan game. Mereka berdua bermain game tanpa henti sehinggalah pada suatu hari sesuatu berlaku.. Apakah yang berlaku? Adakah Mal mendapat balasan yang setimpal? Adakah Hilmi juga menerima nasib yang sama? Saksikannya di dalam video yang akan datang untuk mengetahui lebih lanjut! 




PERBINCANGAN BERMULA..